Home Info Sejarah Tokoh Yap Ah Loy
Yap Ah Loy

Yap Ah Loy dilahirkan pada tahun1837 dalam keluarga petani. Yap Ah Loy datang ke Tanah Melayu pada usia 18 tahun.  Setiba di Tanah Melayu, Yap Ah Loy bekerja di lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka.  Apabila lombong bijih timah tersebut ditutup beliau ke Lukut dan bekerja di sebuah lombong bijih timah.

Yap Ah Loy pernah dilantik sebagai Kapitan China di Sungai Ujong.  Kemudian, Yap Ah Loy dijemput ke Kuala Lumpur dan seterusnya dijadikan kapitan Kuala Lumpur pada tahun 1868. Yap Ah Loy berjaya membangunkan Kuala Lumpur. Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Persoalan yang kini menjadi tanda tanya ialah bolehkan Yap Ah Loy dianggap sebagai pengasas Kuala Lumpur.  Ada pendapat yang mengatakan Yap Ah Loy merupakan kapitan Kuala Lumpur yang ketiga dan bukan kapitan yang pertama.