Home Info Sejarah Tokoh Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman

Perdana Menteri Malaysia Pertama

 

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah.  Tunku Abdul Rahman merupakan anak lelaki yang ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

 

Tunku Abdul Rahman menerima pendidikan pertama di Maktab Sultan Abdul Hamid dan di Penang Free School.  Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Universiti Cambridge. Pada tahun 1925, beliau lulus sarjana muda sastera dari University Cambridge.  Pada tahun 1945, beliau mendapat ijazah undang-undang dari Inner Temple, London.

 

Tunku Abdul Rahman pernah bekerja sebagai Pegawai Daerah di Langkawi, Kulim dan Sungai Petani.   Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Penolong Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Selangor.

 

Kerjaya Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik apabila beliau menyertai UMNO.  Pada tahun 1951, Tunku dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato Onn bin Jaafar.  Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama selepas pilihanraya umum yang pertama.

 

Pada tahun 1955, Tunku mengetuai rombongan ke London bagi membincangkan kemerdekaan negara.  Beliau berjaya dalam rundingan tersebut.  Kepulangan Tunku dari London disambut dengan meriahnya.  Beliau mengumunkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu di Melaka pada tahun 1956.   Pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman membacakan dokumen pemasyhuran kemerdekaan dari kerajaan British kepada ribuan penduduk di Stadium Merdeka.  Laungan merdeka disorakkan sebagai tujuh kali.   Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.  Beliau digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.

 

Kejayaan lain Tunku Abdul Rahman ialah membentuk Malaysia pada tahun 1963. Beliau telah menyuarakan idea pembentukan Malaysia dan disambut baik oleh negara lain dan akhirnya Malaysia dibentuk dengan disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

 

Pada tahun 1970, Tunku Abdul Rahman bersara dari arena politik.  Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1990.

Last Updated on Sunday, 27 November 2011 07:36