Roti Canai PDF Print E-mail

Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia.  Roti canai biasa dijual di restoran mamak.  Makanan ini kini sangat disukai bukan sahaja kaum India tetapi rakyat Malaysia.

Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung.  Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor, roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain.

Roti canai biasa disaji bersama dengan sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam.