Nian Gao PDF Print E-mail

Kuih Bakul "Nian Gao" (Sticky sweet glutinuos rice cake) merupakan kuih yang popular di kalangan masyarakat China di Malaysia.  Ia dikenali sebagai  “Tni Kueh”  dalam dialek Hokkien, “Nin Ko” dalam dialek Kantonis dan “Nian Gao” dalam bahasa Mandarin.  Kuih Bakul ini sangat popular semasa Tahun Baru Cina kerana ia dianggap membawa tuah.  “Nian Gao” bermaksud membawa untung yang lebih tinggi.

Kuih bakul ini juga digunakan untuk upacara sembahyang masyarakat China.  Masyarakat China percaya setiap tahun Tuhan Dapur akan ke syurga untuk melaporkan hal keluarga berkenaan.  Oleh itu, kuih bakul yang manis ini disembahkan agar Tuhan Dapur dapat memberi laporan yang baik mengenai keluarga kepada tuhan syurga.

Bahan yang diperlukan untuk membuat kuih bakul ialah gula, beras pulut dan air.  Bahan ini akan diadun bersama dan kemudian dikukus sehingga masak.