Home Info Sejarah Bangunan Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

Lokasi : Kuala Lumpur, Malaysia

Tahun pembinaan :  1991-1995

Menara Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai KL tower berdiri dengan teguhnya di Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia.  Menara ini memainkan peranan utama dalam sistem telekomunikasi negara ini.

Menara Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1991 dan ia dibahagikan kepada tiga fasa. Pada tahun 1996, menara Kuala Lumpur ini dengan dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Terdapat “observation deck” di Menara Kuala Lumpur bagi membolehkan para pengunjung melihat pandangan indah Kuala Lumpur.  Terdapat juga sebuah restoran di dalam menara dimana para pengunjung bolehlah menikmati makanan sedap sambil melihat pandangan indah Kuala Lumpur.