Home SPM KBAT
KBAT PDF Print E-mail
Written by Cikgu Khoo   
Monday, 02 October 2017 00:00

Skema pemarkahan berbentuk rubrik yang terkini memerlukan calon untuk memberi jawapan dalam bentuk fakta, huraian dan contoh.

Kriteria untuk mendapat markah penuh bagi soalan Kbat

-       pengetahuan/pemahaman yang sangat jelas

-       membuat inferens yang tepat

-       Jawapan yang sangat mendalam dan terperinci

-       Komunikasi/pengolahan yang sangat menarik

-       Menunjukkan kematangan

-       Menghuraikan pendapat dengan hujah yang mantap

-       Bukti/contoh  yang jelas/sesuai

 

Berikut adalah contoh dalam bentuk pemarkahan rubrik.

 

Soalan : Pada pendapat anda, adakah akhbar mampu berperanan untuk menaikkan semangat cinta akan tanah air?

Jawapan:

1. Harga akhbar adalah murah. Ini membolehkan setiap lapisan masyarakat mampu membelinya untuk mengetahui isu-isu semasa. Contohnya, senashah akhbar berita harian hanya berharga RM1.20

2. Akhbar mudah dibawa ke mana-mana Contohnya, berkerana ia lebih ringan berbanding dengan bahan bacaan lain. contohnya akhbar jauh lebih ringan daripada buku ilmiah yang tebal.

3. Akhbar dihasilkan dalam pelbagai bahasa. Ini membolehkan setiap kaum utama di Malaysia dalam menggunakannya untuk mengetahui isu-isu semasa. Contohnya, terdapat suratkhabar cina yang bernama Sin Chew Jit Poh.

 

Soalan: Pada pendapat anda, mengapakah birokrasi Barat terus diamalkan di negara kita walaupun negara telah mencapai kemerdekaan daripada kuasa penjajah?

 

Jawapan:

1. Penglibatan rakyat dalam pentadbiran agar ia tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja dalam sesuatu jawatan. Contohnya, pentadbiran perkhidmatan awam kerajaan

2. Sistem kehakiman yang sistematik agar setiap kes sivil dan jenayah boleh diadili dengan baik. Contohnya, penubuhan mahkamah

3. Pentadbiran yang lebih mantap. Ini adalah kerana bidang kuasa dapat diagihkan mengikut tahap perjawatan. Contohnya. seseorang yang berlayakan tinggi menjawat jawatan tinggi.

 

Soalan : Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengharumkan nama negara di mata dunia?

Jawapan:

1. Rakyat hidup bersatu. Ini adalah kerana negara terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan penting untuk mereka hidup bersatu padu. Contohnya, tiada pergaduhan atau rusuhan di antara pelbagai kaum

2. Penyertaan dalam pertubuhan antarabangsa agar negara berhubung baik dengan semua negara di dunia. Contohnya, penyertaaan dalam ASEAN, PBB, NAM, OIC

3. Hebat dalam dunia perfileman agar dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Contohnya, datuk Michelle Yeoh.

 

******************************************************************************

 

Sejauhmanakah petempatan kekal mempengaruhi tamadun awal manusia?

 

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

 

 

Pembinaan rumah secara kekal

Membawa kepada perkampungan

Contoh di Mesir Purba – gabungan kampong mewujudkan beberapa bandar

 

Gabungan bandar membawa kepada daerah (nome)

Contoh – bandar Memphis di Tamadun Mesir Purba

 

 

Pertambahan penduduk di kawasan kekal

membawa kepada kehidupan berorganisasi

Wujud sistem keluarga

Wujud sistem sosial yang berbentuk piramid – ada golongan memerintah dan diperintah

Wujud sistem pemerintahan untuk mentadbir.

 

Ini membawa kepada

perancangan bandar. Contoh bandar Mohenjo Daro dan Harrappa.

 

 

 

 

 

Sejauhmanakah bahasa dan tulisan mempengaruhi tamadun awal manusia?

 

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

 

 

Memudahkan catatan

Aktiviti aktiviti spt pertanian, perdagangan, keagamaan mudah dikekod

 

Urusan jual beli disertakan dengan resit, nota dan surat kredit

Melahirkan tradisi kesusasteraan

Contoh epik gilgamesh

 

Mewujudkan masyarakat bermaklumat

Adanya tulisan spt hieroglif (Mesir Purba), cuneiform (Mesopotamia),

Ideogram (hwang Ho)

ilmu perubatan direkod oleh firaun Khufu (mesir purba) – membawa kepada kemajuan memumiakan mayat

 

Perpustakaan diraja mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah Mesopotamia

 

Perkembangan sistem pendidikan

 

Melahirkan jurutulis

Memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan

Tulisan diajar di sekolah sekolah di China

 

 

Sejauhmanakah kemajuan teknologi pertanian dalam masyarakat di lembah Hwang Ho dimanfaatkan oleh masyarakat dunia pada hari ini ?

 

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

 

 

Pembinaan sistem pengairan

Pertanian dapat diusahakan di kawasan kering

Sejak zaman Shang, pemimpin amat prihatin terhadap pembangunan pertanian

 

 

 

Penggunaan batas dalam pertanian

Tanaman tidak ditenggelami air semasa hujan

Tidak merosakkan tanaman

 

 

Teknologi pembajakan serta cangkul dan sabit

 

Menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu

Alat diperbuat diperbuat daripada logam

 

 

Pembinaan terusan

Mengairkan kawasan pertanian

 

Mengelakkan berlakunya banjar

Terusan dibina di Szechwan

 

 

Jelaskan iktibar yang boleh diambil dari sistem pemerintahan Tamadun Hwang Ho.

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/Contoh

Huraian/contoh

Kepatuhan dan ketaatan kepada raja

 

-rakyat mesti patuh kepada perintah raja

Raja tidak boleh menzalimi rakyat

Raja zalim tidak akan direstui oleh tuhan – akan hilang mandat untuk memerintah

 

Bantuan pembesar dan pegawai kerajaan

 

 

-pentadbiran akan menjadi lebih cekap/efisien

-rakyat hidup aman

-negara maju

-urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan

(ms 31)

Contohnya, Raja Chou dibantu oelh ketua menteri dan 6 badan yang urus soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang

(ms 31)

 

Ikatan kesetiaan

-mengikat kesetiaan rakyat. Contohnya raja raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia

(ms 31)

 

 

Pembesar tempatan melindungi raja dan memberikan bantuan tentera masa perang

Pembesar tempatan diberikan hak bertindak sebagai ketua agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejauhmanakah tamadun Mesopotamia telah menyumbang kepada tamadun dunia?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

 

Penciptaan kincir air

Air dapat dialirkan ke kawasan yang tandus

Dgn itu, hasil pertanian dapat ditingkatkan

Dapat juga mengawal banjir

 

Teknik pembuatan batu bata daripada tanah liat

Hasilkan bahan binaan yang kukuh

binaan arca, tiang batu

Contoh arca – patung Raja Gudea

Arca dan tiang batu dalam seni bina ziggurat

Contoh : bangunan stadium, bangunan tinggi seperti twin tower

 

Kewujudan sistem tulisan

Membawa kepada perkembangan sistem pendidikan

Melahirkan jurutulis

-       Membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan direkod

Juga melahirkan tradisi kesusasteraan. Contoh : epik Gilgamesh

 

Perkembangan ilmu astronomi

Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari

-       Membawa kepada perkembangan ilmu matematik

-

Contoh – sistem mengira perpuluhan, tambah, tolak, darab

Membawa kepada perkembangan ilmu geometri

 

Mengapakan generasi tamadun awal manusia mampu membina seni bina yang unik dan

menarik?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

 

mempunyai ilmu pengetahuan

Peningkatan pengetahuan dalam matematik, astronomi, perubatan dan teknologi

 

 

Ahli sains dan ahli teknologi merujuk kepada pengetahuan yang sedia wujud dalam tamadun Mesir Purba dan Babylon

(ms 57)

Tokoh matematik Yunani iaitu Thalis mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.

Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras yang mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon

(ms 57)

 

kecekalan dan kesabaran yang tinggi

Untuk menunjukkan keagungan tamadun dan bangsa

Ketahanan manusia yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian yang agung demi bangsa, agama dan rajanya

(ms 59)

Contoh binaan yang agung – acropolis, aqueduct, colloseum, Parthenon, pantheon dan Tembok Besar China

 

mempunyai pemimpin yang berwibawa

berpandangan jauh

Parthenon dibina pada zaman Pericles.

Colloseum dibina oleh maharaja Flavian

Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti

 

 

mempunyai rakyat yang ramai

Dapat menyediakan buruh yang ramai

Pembinaan Tembok Besar China menggunakan tenaga yang ramai (lebih daripada 30 000 orang)

(ms 50)

 

 

Sejauhmanakah pemerintah-pemerintah tamadun awal manusia berjaya

dalam dasar perluasan kuasa?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/Contoh

Huraian/contoh

Pembinaan empayar

 

Melalui penaklukan dan pembukaan wilayah baru

Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir,

 

Augustus Caesar – luaskan empayar Rom

 

Penyatuan kerajaan kerajaan kecil

 

Phillip II menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani

 

Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan kerajaan kecil di India

 

Penyebaran kebudayaan

 

Sebaran Kebudayaan ke tempat lain

Alexander The Great menyebarkan budaya Hellenistik (campuran budaya Yunani dan Parsi serta budaya timur)

 

 

 

penyebaran agama

 

Lembut dan terbuka

Penekanan kepada agama Buddha

 

Asoka menekankan kedamaian dan kemajuan sosial melalui penyebaran agama Buddha dan bukan menerusi ketenteraan

 

 

Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW  telah membawa kepada  penyebaran Islam  yang lebih  luas.  Beri penjelasan anda.

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/Inferens

Berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah

Tidak memaksa tetapi memujuk

 

Menggunakan akal fikiran

Membandingkan akhlak masyarakat jahiliah dengan islam

Menunjukkan teladan yang baik

Contoh: Nabi membaca ayat al-Quran ketika memberi penerangan dan menunjukakan teladan yang baik

 

Berjaya menanam keimanan yang kuat kepada pengikutnya

Apakah iktibar Zaman Gelap kepada masyarakat di negara kita?

Fakta

Huraian/Contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

 

Perlu menguasai ilmu pengetahuan

Eropah mengalami kemerosotan bidang ilmu pengetahuan pada zaman gelap

(ms 215)

 

Dunia islam pada zaman bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah mempunyai sistem ilmu pengetahuan yang unggul

(ms 215)

Leonardo da Vinci contoh terbaik Renaissance.

Beliau menguasai kesemua bidang ilmu termasuk seni bina, seni lukis, falsafah

(ms 219)

 

Perlu politik yang stabil

Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah musnah.

(ms 215)

Keadaan menjadi tidak menentu membawa kepada kemunculan baron yang berkuasa.

(ms 215)

Hormat pemimpin penting. Contohnya

Zaman Renaissance membawa kepada kemunculan monarki baru. Kekuatan monarki baru diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.

 

 

 

Mengekalkan keamanan

Gangguan serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar membawa kepada kegiatan perdagangan merosot pada zaman Gelap (ms 216)

Mata wang terhad pada zaman gelap

Zaman Renaissance yang aman memperlihatkan sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang

(ms 219)

 

Perlu memajukan diri

Untuk mencipta kemajuan dalam semua aspek

Keberanian meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan semasa zaman Renaissance

 

 

Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup melahirkan masyarakat berbudaya kelas pertama

(ms 220)

 

 

Apakah iktibar yang dapat anda perolehi daripada  Zaman Renaissance?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Harus mempunyai semangat inkuiri

 

Membawa kepada kesediaan meneroka bidang baru (ms 217)

Merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains spt biologi, fizik, kimia dan perubatan

 

Membawa kepada sifat

berani mencuba

Contoh ;

Pelukis spt Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo

 

Keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.

Contoh : Bapa Humanisme Francesco Petrarch (ms 217)

 

 

 

Perlunya ilmu pendidikan

 

Membimbing manusia

ke arah sempurna

Menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik

Melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia

(ms 220)

 

 

Perlu ada kerajaan pusat

Menerajui hal hal kepimpinan negara

Kekuatan dan kekuasaan monarki baru diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat. Contohnya di England.

Kekuasaan monarki diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat

(ms 219)

 

 

 

Perlu perdagangan antarabangsa

Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus – sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang

(ms 219)

 

Kegiatan penjelajahan dan penerokaan seiring dengan kemajuan ekonomi

Desakan ekonomi membawa kepada kegiatan penerokaan dan penjelahan orang Eropah ke Timur

(ms 223)

 

 

Pada pandangan anda, mengapakah orang Eropah yakin dengan keupayaan mereka untuK menjalankan penjelajahan dan penerokaan pada masa tersebut?

FAKTA

HURAIAN/

CONTOH

HURAIAN/

CONTOH

HURAIAN/

CONTOH

Menguasai teknologi moden

Memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mencipta

 

Penciptaan senjata moden

 

Penciptaan kapal wap yang boleh membawa muatan yang banyak dan mempercepatkan perjalanan (T5 ms 6)

 

 

Kemahiran bidang pelayaran dan bidang penerokaan

 

Membawa kepada pelayaran jauh. Contohnya ke Timur

Putera Henry terkenal sebagai Henry pelaut

Christopher Columbus – orang Eropah pertama sampai ke Amerika

 

Semangat meneroka yang tinggi

Meneroka Lautan Atlantik dan berjaya menjadikan lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur

Hasil galakan pemerintah.

Contoh Raja Sepanyol dan Raja Portugal (Putera Henry)

Sepanyol beri tumpuan penerokaan ke Amerika Latin

Portugal mempunyai kepentingan di Amerika Latin

 

 

Semangat inkuiri yang tinggi

Mencari laluan baru di lautan bagi membolehkan menuju ke Timur

 

Ferninand Magellan seorang pelayar ke Timur

Vasco da Gama mencari jalan laut ke Tanjung Pengharapan

 

Semangat kebangsaan bangsa

Dorong untuk menjelajah di luar Eropah

Dorongan “Gold, glory dan gospel”

 

Gold dikaitkan dengan ekonomi – mencari rempah ratus dan sutera

Glory – kebanggaan

Gospel – penyebaran agama Kristian

 

 

 

 

Mengapakah sistem pendidikan vernakular wujud pada zaman penjajah?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Inferens

 

Memecahkan perpaduan kaum

Selaras dengan dasar pecah dan perintah British

Sekolah sekolah diasingkan

Sekolah vernakular di kg, sekolah vernakular cina di lombong dan sekolah vernakular Tamil di ladang getah

Menghalang interaksi antara murid dan tidak wujukan perpaduan antara kaum

Jimat kos dan beban kewangan

Sekolah sekolah vernakular tidak diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan

Sekolah vernakular Tamil dibiayai oleh majikan ladang-ladang getah

Sekolah vernakular Cina dibiayai oleh majikan ladang-ladang getah

 

British tidak memperuntukkan sumber kewangan untuk sekolah sekolah vernakular

Mengutamakan ekonomi berbanding penyediaan kemudahan pendidikan

Sanggup memajukan perlombongan bijih timah dan getah yang bermotifkan keuntungan

 

Kemajuan pendidikan di Tanah Melayu mempunyai kepentingan ekonomi

 

British membiarkan perkembangan pendidikan vernakular

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah lirik lagu nasyid sempena majlis sambutan Maal Hijrah di Malaysia

-       Hijrah itu pengorbanan

-       Hijrah itu perjuangan

-       Hijrah itu persaudaraan

-       Hijrah membentuk perpaduan

Ulaskan maksud lagu lirik tersebut.

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Inferens

 

Individu/masyarakat sanggup berkorban

Demi mengembangkan dan memperkukuhkan agama islam

Harus korbankan kepentingan diri dan harta untuk mencapai matlamat

Contoh orang islam Makkah mengorbankan benda serta meninggalkan kampong halaman dan saudara mara berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan agama islam

Pada hari ini, individu harus berkorban untuk menegakkan agama islam

Perlu berjuang

Untuk menegak kebenaran dan meninggalkan segala keburukan

Contoh. Nabi sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan halangan ketika berhijrah ke Madinah.

Nabi tidak putus asa dan tetap berjuang

Pada hari ini, orang Islam menghadapi pelbagai cabaran untuk menegakkan islam maka setiap individu perlu berjuang untuk agama islam

Perlu bersaudara dan bersatu

Bukan berasaskan semangat asabiah

Contoh

Selepas peristiwa hijrah suku Aus dan Khazraj di Madinah yang sering bersengketa didamikan berdasarkan semangat ukhwah.

Ansar dan muhajirin disatukan

Semua orang islam di mana jua perlu hidup bagai saudara mara sendiri dan bantu membantu satu sama lain

 


Last Updated on Wednesday, 04 October 2017 21:54