Home Malaysia Tanahair Ku
Lagu Patriotik- Malaysia Tanahair Ku

Lirik Lagu Malaysia Tanahair Ku

Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempatĀ  tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah airku

(chorus)

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku