Home Ting. 5 CARA MENJAWAB KBAT T5
CARA MENJAWAB KBAT T5 PDF Print E-mail
Written by Cikgu Khoo   
Wednesday, 04 October 2017 21:17

Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union?

Fakta

Huraian/contoh  1

Huraian/contoh 2

Huraian/contoh 3

Inferens

Suratkhabar

Menghurai keburukan Malayan Union

Contoh : Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis

(b/teks ms 100)

 

Campurtangan dalam adat istiadat

Contoh: sistem zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union

(b/teks ms 99)

 

Dato Onn menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres

(b/teks ting 3, ms 55)

kos suratkhabar yang murah dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai

Demonstrasi

(rapat umum secara aman)

Rapat umum berlaku, contoh di Kota Bharu, Alor Setar Lawatan Sir Harold Mac Michael

(b/k ms 100)

berlaku semasa lawatan sir Harold Mac Michael -mendapatkan tandatangan Sultan

(b/k ms 100)

Persatuan-persatuan Melayu berkumpul dan angkat sepanduk menentang Malayan Union.

(b/k ms 99)

Contoh: rapat umum untuk menunjukkan bantahan kepada ahli ahli parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Reese William

(b/k ms 101)

 

Sewajarnya mengadakan rundingan daripada mengadakan demonstrasi jalanan

 

Orang Melayu tidak bersetuju dengan Malayan Union. Sebagai salah satu langkah menentang penubuhan Malayan Union ialah melalui surat khabar. Antaranya Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara. Melalui suratkhabar, keburukan Malayan Union diterangkan. Contohnya campurtangan British dalam adat istiadat dan agama seperti dalam sistem zakat yang akan dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Dato Onn telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organisatation

Selain itu, orang Melayu telah membuat demonstrasi atau rapat umum secara aman di bandar bandar seperti Kota Bharu, Alor Setar dan Ipoh. Demonstrasi ini diadakan semasa lawatan Sir Harold Mac Michael bagi mendapatkan tanda tangan sultan. Berdasarkan lawatan ini, persatuan -persatuan Melayu telah bersatu dan berkumpul dan keluar untuk mengangkat sepanduk yang menunjukkan penentangan mereka terhadap Malayan Union. Orang Melayu mengadakan rapat umum untuk menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Reese William.

 

Apakah yang akan berlaku kepada negara kita sekiranya Malayan Union diteruskan?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/conoth

Huraian/contoh

Inferens

Kedudukan raja raja Melayu tergugat

Raja berkumpul di Majlis Raja –raja Melayu Bukan di negeri negeri

bincang soal agama dan adat istiadat sahaja

Tiada kuasa pemutus

Kuasa diketuai oleh gabenor Malayan Union

Institusi raja perlu dipertahankan kerana ia melambangkan kedaulatan negara

Keistimewaan orang Melayu terhakis/terancam

Kerakyatan jus soli Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura

 

 

orang Melayu dan bukan Melayu dapat hak yang sama

Orang melayu boleh menjadi kumpulan minoriti

Hak istimewa perlu dipertahankan

Banyak perkara akan berlaku jika Malayan Union diteruskan. Antaranya ialah kedudukan raja-raja Melayu akan tergugat. Hal ini sedemikian kerana raja raja Melayu akan dikumpulkan dalam majlis raja-raja Melayu bukan di negeri negeri masing masing. Raja raja Melayu juga tidak diberi kuasa pemutus kerana kuasa diketuai oleh gabenor Malayan Union. Raja Melayu hanya bincang soal agama dan adat istiadat sahaja.

Selain itu, keistimewaan orang Melayu akan terhakis atau terancam dengan adanya prinsip kerakyatan jus soli dimana kerakyatan terbuka diberi kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.  Ini boleh mengakibatkan orang melayu menjadi kumpulan minoriti dan pada masa yang sama hak orang Melayu dan orang bukan Melayu akan sama rata sahaja.

 

 

 

 

Mengapakah pelayaran Ferdinand Magellan penting kepada Sepanyol?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Inferens

Imej dan kemegahan

Menjadi kuasa yang besar

 

Memiliki tanah jajahan luas

Contohnya menguasai Filipina

Menjadi negara yang dikenali

ekonomi

Menguasai ekonomi di Timur

Menguasai pasaran

Meluaskan perdagangan

Penerokaan memajukan ekonomi negara

agama

Berjaya menyebarkan agama kristian

 

 

 

 

Soalan FAKTA

Terangkan ciri ciri dan kepentingan sistem Ahli

Ciri-Ciri Sistem Ahli

  • Dilaksanakan sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
  • sistem kabinet bayangan
  • memegang jawatan
  • anggota  dikenal ahli.
  • lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dgn persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
  • sembilan orang anggota
  1. 5 penduduk Tanah Melayu
  2. 4  pegawai Inggeris.

iii. 3 orang Melayu

iv. 1 Cina

  1. 1 India.
  • di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

Perlaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli.

  • tugas  menjaga satu portfolio
  • mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan.
  • uruskan pentadbiran harian jabatan
  • cadangkan undang
  • bincang dgn pegawai-pegawai kanan British
  • dapatkan persetujuan bersama
  • Pesuruhjaya Tinggi memberikan arahan dan persetujuan.
  • latih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
  • mulakan proses perpaduan
  • asas  menentukan kemerdekaan
  • pendedahan cara mentadbir

Nama Ahli

Portfolio

Dato’ Onn Ja’afar

Ahli dalam Negeri

O.A. Spencer

Ahli Ekonomi

Tunku Yaakob

Ahli Pertanian dan Perhutanan

Dr. Lee Tiang Keng

Ahli Kesihatan

Dato’ E.E.C. Thuraisingam

Ahli Pelajaran

J.D. Hodgkinson

Perindustrian & Hubungan Sosial

J.D. Mead

Perumahan & Kerja Raya

Dato’ Mahmud Mat

Ahli Tanah, Perlombongan & Perhubungan

 

 

Soalan KBAT

Pada pendapat anda, apakah kelemahan Sistem Ahli yang perlu diberi penekanan?

Fakta

Huraian/contoh

Huraian/contoh

Inferens

 

Kuasa ahli terhad

Ahli bertindak berdasarkan arahan dan persetujuan Pesuruhanjaya Tinggi.

 

Ahli diberi tugas menguruskan pentadbiran harian jabatan

Ahli ahli sewajarnya diberi latihan untuk menggubal dasar negara

Bilangan ahli mewakili pemimpin tempatan dalam sistem ahli sangat kecil

 

5 penduduk tanah melayu sahaja

3 orang melayu, seorang cina dan seorang india

Sewajarnya ahli mewakili semua negeri di Tanah Melayu

Ahli tempatan diberi portfolio kurang penting

 

Contohnya, Dato Mahmud Mat – ahli pertanian dan perhutanan

Dr Lee Tiang Keng – ahli Kesihatan

O.A. Spencer – ahli British memegang portfolio penting spt ahli ekonomi

Ahli sepatutnya diberi portfolio penting agar berpengalaman mengubal undang, mengurus kewangan negara

 

Pemilihan ahli

Dipilih oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan perkenan Majlis Raja raja Melayu

 

 

Ahli perlu dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya